Tugas mengendalikan komputer dan akhbar memudahkan aku untuk memperolehi maklumat dalam negara. Ialah, maklumat yang sudah diacuankan untuk bacaan orang ramai di Brunei ani. Tapi ada satu bahagian di laman sesawang BruDirect.com bernama 'Brunei Have Your Say' yang sangat menarik perhatian ku. Post ani bertajuk The Need for Attitude Adjustment yang ditulis oleh penduduk tempatan. Ia menyuarakan rasa ketidakpuashatian terhadap perkhidmatan layanan di sebuah restoran makanan Jepun di Kuala Belait. Isi kandunganya memang banyak yang aku persetujui, tapi komen - komen susulan yang membuatkan post ani jadi lebih menarik untuk difikirkan dan untuk diambil iktibar bagi rakyat Melayu Brunei yang masih bekuruh tidur.
Ada salah satu komen yang ditulis oleh apa yang ku fahamkan sebagai pekerja asing. Apa yang dikatakanya melalui komenya atu sangat - sangat pedas macam penampar sepuluh ringgit. Pedas kenapa? Pasal apa yang diluahkanya atu adalah kenyataan sebenar tentang keadaan keseluruhan di negara kitani, orang - orang Brunei, kerajaan, dan prospek ekonomi yang semakin pudar dari pandangan. Sama - sama kitani hayati dan fahamkan apa yang ditulisnya. Kalau inda faham, jangan kan disumpah diapa, usaha, belajar, cari kamus. Jangan babal!
Komen yang bagus, padat, dan menjelaskan apa intipati Brunei secara menyeluruh |
Kebenaranya disini, berapa ramai orang Melayu tempatan yang mau kerja dengan gaji cuma $200? Lepas tu kitani salahkan orang luar banyak mengambil pekerjaan. Cuba liat apa pekerjaan - pekerjaan yang dijawat oleh orang luar, samada buruh kasar maupun professional. Pendek kata, diorang sanggup, kitani inda. Kitani fikir kan mau senang saja. Memang benar cakap orang dalam gambar diatas atu; orang luar cuba untuk menaikan taraf kecekapan pekerja Melayu Brunei yang berada dibawah garis minimum piawaian antarabangsa. "Eh kau tau cakap saja" iatah tu paling - paling response yang kitani dapat dari orang Brunei. Sampai bila la mau maju kalau macam ani?
Perhatikan bagaimana ia menjangkakan bahawa dalam masa terdekat, ekonomi Brunei akan masuk dalam perigi buta disebabkan kitani nada kepelbagaian ekonomi, penduduk Melayu Brunei lagi kebanyakanya nada mempunyai kemahiran - kemahiran yang boleh digunapakai di arena pasaran global, dan sektor pelancongan sekarang ani cuma setakat menyediakan tempat persinggahan bagi pelancong - pelancong dari luar negara. Mungkin puak - puak yang bercakap "Biar tia Brunei inda kana lawat turis, janji malaikat tiap hari melawat" akan bertepuk sorak dalam kegembiraan yang teramat sangat bila nada lagi pelancong berkunjung ke negara ani. Nada pendapatan, nada duit, apa pakai makan. Minta tah kamu makan arah malaikat ah, kalau kan naik haji apa inda payah ke Makkah sama Madinah, naik haji di Brunei saja. Round tia the Mall sama Times Square atu sampai luruh rambut. Naik haji tah kamu sudah tu.
Ingat ni, inda selamanya kerajaan dapat menjana rakyat kitani. Lihat macam mana keadaan ekonomi kitani sekarang, terumbang - ambing. Malah diambang maut sudah. Kalau diambang Wati baik lagi, siuk jua kan didengar.
[BERSAMBUNG...]
No comments:
Post a Comment