Tuesday, February 11, 2014

A Nation Deleted Part 2

Baru hari ani kitani ada mendengar dan membaca berita pasal pencuri tiga sekawan yang masing - masing dikenakan hukuman penjara antara 11 dan 12 tahun serta 8 ke 9 kali sebatan. Malanglah nasib diorang bila sudah dijatuhi hukuman atu. Sekarang ni orang kitani mesti buka mata, pasal dulu, segala macam kes jenayah selalunya dikaitkan dengan pendatang asing, paling selalu orang - orang Indonesia. Tapi ani kitani kena tampar pasal yang mencuri ani adalah rakyat tempatan, berbangsa Melayu Brunei dan berugama Islam. Anilah kenyataanya. Inda mengejutkan, tapi mengecewakan dan memalukan. Apa sudah jadi dengan negara Brunei Darussalam yang suatu ketika dahulu terkenal gah dengan keamanan dan kemakmuranya, sekarang sudah jadi macam kuih mor kena hurungi semut; kalau dicuci kuih mor atu, semut hilang, kuih pun jadi cair. Kitani yang mencuci inda dapat apa - apa. Sia - sia pun ajalah jawabnya hahaha.. kira no-win situation for everyone.

Aku belum lagi selesai membicarakan soal kesepaduan hudud dan kepelbagaian budaya serta masyarakat di Brunei ani. Ekonomi pun belum habis aku sentuh sepenuhnya. Kenapa sebahagian orang merungut bukanlah semata - mata kerana orang mahu berbuat dosa dan maksiat dimerata tempat. Tapi perkara yang menjadi paksi utama kepada ketidakpuashatian ani adalah masalah ekonomi negara yang inda pelbagai dan terlalu bergantung pada minyak dan gas. Ialah, aku taulah aku cuma mampu cakap saja dan aku seorang inda akan dapat memajukan negeri ani walau apa pun cara ku, pasal aku bukan siapa - siapa, nada pangkat, harta pun sekelumit saja. Tapi apa yang kami ada dan langsung inda wujud pada pak - pak menteri boroi yang entah, makan gaji buta pakah, ialah idea dan pandangan. Kami beranggapan bahawa jika hasil minyak negara ni dipergunakan dan disalurkan secara sihat menurut saluran - saluran yang telus dan saksama lagi berkewibawaan, maka mustahil akan ada orang susah di Brunei ani. Malahan, inda mustahil Brunei boleh mempelbagaikan ekonomi negara melalui industri - industri applikasi elektronik. Contoh Singapore, negeri yang jauh berapa kali lebih damit dari Brunei, nada minyak. Hatta air pun terpaksa ambil dari kawasan lain sampai jadi isu politik dulu. Tapi liat Singapore, jauh lebih maju dari Brunei (ada ni karang yang bercakap "mun kau inda suka Brunei, aga tah kau tinggal di Singapore" atau "Singapore negeri kafir, iatah maju".. Jadi, kalau ikut logik kamu, negeri Islam mesti mundur la? Bagus. Cukup pintar. Satu tepukan gemuruh lagi berguruh untuk kamu!). Singapore punya sumber tenaga manusia dan kerajaanya mengambil langkah yang bijak untuk menarik segala ciri - ciri yang diperlukan dari setiap manusia untuk membangunkan negara yang langsung nada hasil bumi. Ya, memang benar hakikatnya bahawa Singapore melindungi kaum Yahudi dengan membina synagogue di negeri atu. Bukan aku inda mau persoalkan tu, cuma tu nah, kitani ambil perkara positif dari segi kemajuan yang terdapat di Singapura. Salahkah? Haramkah kalau kita belajar taktik pembangunan dari orang - orang kafir bila suku daripada kakitangan pendidikan di negara kitani ani, baik swasta ataupun awam adalah terdiri dari orang bukan Islam? Bukankah Allah mewajibkan kitani untuk menuntut ilmu? Pernah jua kali ah kitani mendengar hadith yang mengatakan "Barangsiapa yang ingin berjaya di dunia, hendaklah dia berilmu. Dan barangsiapa yang ingin berjaya di akhirat, hendaklah juga ia berilmu". Kalau atu pun lagi inda faham inda tah ku tahu tu..

Maksudnya disini, kitani harus pelajari apa yang membuatkan sesebuah negeri atu maju, dan kemajuan atu hendaklah menyeluruh. Kitani sebenarnya ada kelebihan pasal negara ni sudah ditakdirkan Allah sebagai negara Islam, maka ambilah peluang kesempatan atu untuk membangun sambil beramal, bukan saja 'beramal memanjang.' Pasal apa, zaman ani, kalau kitani kan bicara soal zuhud (bukan hudud ah, zuhud), memang cukup mustahil. Kerana zaman sekarang adalah zaman kebendaan diselaputi riba. Ada hadith dulu mengatakan "Akan datang satu masa dimana tidak ada seorang pun yang tidak pernah memakan riba (iatu selamat dari riba), dan jika seseorang itu tidak memakan riba maka dia akan terkena debu - debunya". Lebih kurang macam atu bunyinya. Cubalah, suruh menteri ugama or mufti tu bekerja, tapi jangan dibayar gaji diorang, suruh diorang berkhidmat semata - mata untuk Allah dan bukan siapa - siapa. Mau kah diorang? Payah kan mencari orang yang benar - benar membelakangi dunia dan kebendaan masa ani. Apa yang aku nyatakan tadi tu bukan kan mendorong atau menggalakan kitani semua untuk gila harta, atau jadi mata duitan, atau cintakan keduniaan, tapi anilah realiti hidup yang sementara ani. Tanyalah diri sendiri kenapa mau bekerja, sudah tentu jawapanya untuk dapat duit. Sama jua ceritanya kalau orang buka perusahaan sama perniagaan, ia mau dapat duit jua. Kenapa duit? Tertakluk kepada niat dan tujuan individu, duit ani secara lumrahnya akan digunakan untuk membeli makanan dan barang keperluan untuk hidup. Atulah yang asas sebenarnya. Kalau beli benda - benda lain tu cuma terhasil dari keinginan kitani, bukan keperluan. Macam yang ku sebutkan sebelum ani, harga barang makin naik, gaji inda. Jelasnya disini, kitani nada pilihan lain, melainkan untuk mencari punca pendapatan walau apa pun jua kelulusan dan gaya hidup kitani. Setiap manusia adalah berbeza dari segi pemikiran dan tujuan serta matlamat hidup. Semua orang mau kaya, tapi berapa orang yang mau menolong orang susah tanpa masuk surat khabar atau masuk tv (awu, berpadat ia dalam HDTV ah.. haha nadalah). Dan paling penting sekali, berapa orang yang benar - benar mahukan perubahan demi kebaikan dan kemajuan bersama?

Adakalanya diri merasa sedih melihat perusahaan - perusahaan dan perniagaan dibolot oleh puak Cina dan India. Kemana perginya orang Melayu kitani? Jangan anggap yang bangsa diorang ani cuma terhad kepada sektor swasta dan perniagaan maka diorang ani inda mengundang bahaya pada bangsa kitani. Cuba lihat di America, yang banyak melobi congress dan membeli ahli - ahli politik disana adalah syarikat - syarikat persendirian yang memiliki hasil berbilion dollar. Dengan mudah saja seseorang atu akan dibeli oleh pemilik - pemilik syarikat, cuma perlu nyatakan berapa jumlah yang perlu dibayar untuk membeli kesetiaan, mengubah dasar kepimpinan, dan menyelaraskan perundangan baru yang semestinya menguntungkan syarikat - syarikat yang melobi. Cuba lihat di Brunei masa ani; kenapa kerabat diraja dan para menteri - menteri menyambut tahun baru Cina sedangkan kitani tahu yang majority dari bangsa atu mana ada yang berugama Islam. Tapi bila kitani menyebut 'Merry Christmas' pada saudara Nasrani (Christian) kitani kena fatwakan haram tia. Dulu aku pernah berdebat dengan makhluk - makhluk tempatan yang bebal naudzubillah, yang inda fahamkan penjelasan ku bahawa tujuan ku mengucapkan 'Merry Christmas' pada kawan - kawan yang menganut agama Christian adalah semata - mata untuk mengeratkan silaturrahim antara yang Islam dengan yang bukan Islam. Tapi diorang di Facebook ani inda pandai faham - faham, dibawakan lagi hadith yang berbunyi "Barangsiapa yang meniru atau mengikut sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kaum tersebut". Okay, atu aku inda bantah, inda ku sangkal. Tapi masalahnya, kalau benarlah kamu ni ikhlas berdakwah, kenapa kamu inda tegur dan kecam kerabat - kerabat diraja kitani dan menteri - menteri yang datang menyambut tahun baru Cina? Masuk berita, masuk radio, masuk surat khabar lagi. Kenapa nada satu makhluk pun yang berbunyi tentang hal ani? Kenapa mufti dan menteri ugama diam saja? Mana tia hudud? Ani dinamakan 'hypocrite' dan 'double standard!'. Islam kah Cina ani, aku bertanya dulu, Islam kah? Kalau kamu benar - benar kan mengaplikasikan hadith tadi atu, nada ni segala sambutan tahun baru Cina kah apa di Brunei ani.

Kemana perginya fatwa dan kecaman dari Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk aktiviti macam ani?

Kenapa tia nada keluar hadith? Sunyi sepi saja. Orang di Brunei sembahyang berjamaah, baca doa awal tahun ia berpesta sama Mariah Carey tah pulang.
Dan ani adalah orang yang sama menyeru supaya belia - belia memajukan diri kehadapan. Memang menarik untuk dijadikan renungan bersama.


Tapi K-Box diharamkan, kerana didapati banyak anak luar nikah bergelimpangan dalam K-Boxes atu.. inda pulang, tapi atu tah yang dikatakan oleh pegawai Adi Syohreni menurut apa yang tertulis dalam kedua - dua artikel tersebut.

Ani kah yang diharapkan bangsa dan negara? Amat sukar untuk mempercayai kata - kata yang keluar dari mulutnya. Belia masa ni bergelut kan dapat kerja. Sijil macam sudah inda kena pandang. Terpaksa kerja dengan gaji yang inda setaraf dengan kelayakan. Kenapa inda masuk akal? Sebab kitani semua tahu yang Brunei ani suatu masa dahulu adalah sebuah negeri yang kaya. Kalau hasil minyak atu dipergunakan sebaik mungkin, masalah pengangguran ani dapat diatasi. Lagi pun, rakyat kitani inda sampai setengah juta, pun atu inda kan terbala. Orang luar punya gaji lebih tinggi dari orang tempatan. Mana lagi mindset dan pola pemikiran kebanyakan orang Brunei yang masih diselubungi 'syukur', 'MIB', 'jangan memilih kerja' sama 'Surah An-Nisa ayat 59'. Adalah difahamkan bahawa tradisi di negeri kitani ani, kalau belum ada yang mati sama bemara, belum tah ada perubahan tu dibuat.

Cukup mengecewakan. Brunei sebenarnya boleh menjadi sebuah negeri yang terbaik. Tapi sebahagian besar dari orang kitani enggan ambil peduli. Mungkin ani disebabkan oleh kurangnya saluran - saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati tanpa ditangkap atau diintip oleh Keselamatan Dalam Negeri (KDN). Sebenarnya kitani boleh jadi yang terbaik, tapi ada sesuatu yang menghalang diri kitani dari mencapai impian dan cita - cita yang terbuku dihati. Bila bab - bab menghukum orang sebagai kafir apa, wah, bukan main laju. Tambah parah lagi bila amalan sebegini dijadikan perundangan bila orang bukan Islam akan dikenakan saman sebanyak $12,000 dan akan dipenjarakan sehingga tiga tahun akibat memberi salam pada orang Islam dan menggunakan perkataan 'insya Allah'. Ani kah yang diajar oleh Rasulullah? Hal macam ani seolah - olah telah dipolitikan seperti mana halnya kontroversi pengunaan kalimah Allah di Malaysia. Sedangkan Islam mengajarkan tolak ansur dan saling menghormati sesama insan inda kira apa warna, bangsa dan agama manusia atu sekalipun. Kalau orang bukan Islam menggunakan 'assalamualaikum' dan 'insya Allah' dengan tujuan menistakan kesucian kalimah Allah, memang benar mereka harus diambil tindakan. Tapi apa halnya jika seseorang yang bukan Islam atu cuba merapatkan hubungan dengan kita Muslim? Inda mustahil orang bukan Islam atu akan terbuka hatinya untuk mempelajari Islam dan akhirnya akan memilih Islam sebagai jalan hidup yang baru. Hukuman yang dikenakan ani bagi ku melampaui batas kerana ia jelas menunjukan sikap 'zero tolerance' atau toleransi sifar. Apa tanggapan orang bukan Islam nanti pada agama kitani? Memang diorang menganggap kitani nada beza dengan pengganas - pengganas biayaan Saudi Arabia yang membunuh orang - orang awam, kanak - kanak, orang tua, wanita yang inda berdosa di Timur Tengah melalui bom berani mati dan bom kereta. Nada dalam Al-Quran dan Islam yang menyuruh umatnya menindas orang bukan Islam, malah kitani punya tanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada orang kafir, selagimana orang kafir atu menjalankan kehidupan mereka secara aman dan damai tanpa cuba untuk menyesatkan orang - orang Islam. Hanya bila mereka cuba mencabul kehormatan Islam dan negara barulah kita dibenarkan untuk mengambil tindakan, atu pun biar berpada - pada dan mengikut undang - undang. Bukan main hentam kromo ikut nafsu dan main hakim sendiri. Ya, memang benar dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 51 ada menyatakan:

"Hai orang - orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang - orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) menjadi pemimpin - pemimpin mu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang yang zalim".

Sudah terang lagi bersuluh yang Surah Al-Maidah ayat 51 mengingatkan kitani supaya jangan bersekongkol dengan orang - orang Yahudi dan orang - orang Nasrani. Tapi apakah yang Allah cuba nyatakan pada kitani sebenarnya? Adakah kitani inda boleh langsung berkawan sama orang Yahudi dan Nasrani? Bukan. Sebenarnya Allah mengingatkan hamba Nya supaya menjauhkan diri dari berpakatan dengan AIPAC (American Israel Public Affairs Commitee) kerana gerombolan anilah musuh Islam yang aktif menjalankan misi penghapusan umat Islam diserata dunia dengan alasan 'menyebarkan kebebasan' dan 'mempertahankan demokrasi'. Tapi, bagi kami, musuh sebenar Islam adalah orang Islam itu sendiri. Kerana orang Islam lah yang melanggar hukum hakam, berperang dan berbunuh sesama sendiri, gila kuasa, menindas yang lemah. Umat Islam zaman sekarang tiada bezanya dengan kaum - kaum yang lain. Sejak kewafatan Rasulullah, umat Islam sudah jadi 'buffett' untuk orang kafir. Syiah taksub dengan imam, Sunni taksub dengan kuasa dan undang - undang. Umat Islam sendiri yang memalukan dan mencemarkan imej Islam dipersada dunia.

[BERSAMBUNG...]

No comments:

Post a Comment