Wednesday, February 12, 2014

A Nation Deleted Part 3

AMARAN: Blog kali ni akan ditulis menggunakan bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard. Harap Maklum.

Baru saja menlayari bahtera alam maya, terbaca tah ku jua satu post berbahasa Inggeris. Post ani disampaikan melalui Brunei fm mengenai pengalaman seorang insan yang nyaris dirompak ketika pulang bersendirian dari membeli belah di sebuah kompleks membeli belah di Bandar Seri Begawan. Menurut kenyataan mangsa, suspek mengekorinya ke kenderaan. Ketika mangsa sedang sibuk menyusun hasil belian, tiba - tiba lelaki berkenaan mengetuk cermin pintu kereta sambil berkata "Tolong...tolong saya sakit benar". Mangsa memberitahu bahawa sebelah tangan suspek ada menggenggam suatu objek yang dipercayai pisau ketika dia mengetuk cermin kereta mangsa sambil berpura - pura memohon pertolongan. Berikut adalah keratan perkongsian pengalaman mangsa di Brunei fm.

Cetak skrin post asal seperti yang terpampang di Brunei fm
...dan.. hahaaha bahagian ni yang paling siuk ni membaca.. Jeng jeng jeng, muncullah segelintir pengomen yang kurang pintar dan tidak terdidik yang membidas post ani hanya kerana ia dipaparkan dalam bahasa Inggeris. Ada seorang pengguna Facebook tanpa segan silunya menyeru agar mangsa dikenakan hukum hudud angkara menggunakan bahasa Inggeris di negara majority Melayu Brunei. Mari kita saksikan.

Nak macam mana bodoh lagi kamu mahukan?
Baru pun tadi pagi kita mendengar berita tentang tiga orang pencuri yang masing - masing menerima hukuman penjara dan sebatan, ani ada lagi kisah cubaan merompak. Benar atau inda cerita ani, terpulang kepada pengirim asal. Tapi aku seolah - olah tahu siapa lelaki yang dimaksudkanya ani; dulu aku pernah terjumpa seorang lelaki umur dalam 40an, kulitnya gelap, rambut macam orang Africa, mata sebelahnya ada juling sikit kalau melihat kitani. Tinggi mungkin dalam 5 kaki 5 inci dan berat lebih kurang 150 lbs. Selalu mengayau kawasan Bandar dan Gadong. Ia pernah minta duit arah ku. Kali pertama ku bagi atas dasar kesian. Ikut ceritanya, ia ani sudah tiga hari inda makan, mama bapanya sakit kononya. Bila aku sebut yang aku ni bekerja untuk polis, garu kepala ia terus. Jadi dari sana aku tau lelaki ani membual. Tapi aku bagi sajalah duit arahnya supaya ia inda mengacau aku lagi pasal masa atu ia bawa payung, boleh jadi senjata kalau ia bertindak agresif. Aku ani inda pulang pandai silat or MMA tapi kalau terdesak, keluar jua Cannibal Holocaust hahaha.. cuma waktu atu aku bersangka baik walau dalam hati ada rasa sesuatu inda kena dengan lelaki atu. Entah macam mana beberapa bulan lepas atu, terjumpa ku lagi lelaki ani masa aku berjalan dengan girlfriend ku. Sama jua ceritanya, kan minta duit. Dikejarnya kami sampai ke kawasan parking tapi kami inda peduli. Terus masuk dalam kereta, terus kunci. Girlfriend ku menggigil ketakutan. Bila ia inda berjaya meminta duit arah kami, ia lari arah orang yang memandu Lexus, habislah jadi mangsa hahaha.. kami terus tinggalkan saja Yayasan lepas bayar tiket letak kereta. Inda genap ku kan memijak kaki ku kesana lagi selepas kejadian atu.

Mungkin kamu hairan kenapa kami inda buat laporan polis. Aku inda mau buat laporan polis pasal ia inda membuat apa - apa tindakan yang membahayakan arah kami masa atu. Memang benar, beringat sebelum kena tapi prosedur undang - undang berbeza dari main hakim sendiri; kitani inda boleh selarah - larah kan heret orang ke balai disebabkan ia meminta duit arah kitani. Tapi kalau ia majal jua, boleh kitani dakwa sebagai menganggu ketenteraman orang awam.

Ada rakan sekerja pernah berjumpa dengan lelaki ani jua. Yang lawaknya, inda pernah berjumpa sebelum atu tapi macam sepuluh tahun dah kenal. "Adeh, ji, lama inda jumpa ni, apa khabar? Bah, belanja eh!" kata lelaki atu. Kawan ku ani hairan campur jengkel, dicakapinya: "Siapa kau eh? Kenal ku pun inda. Jangan kan terminta - minta, diri atu sihat masih, bekerja bah!". Terus ia tinggalkan lelaki atu. Mengikut cerita kawan ku ani, lelaki atu kononya penagih dadah. Duit yang dimintanya dari mangsa - mangsa perdayanya digunakan untuk membeli dadah. Sejauh mana kebenaran dakwaan kawan ku ani aku pun inda pasti, dan aku inda jua setuju, inda jua menyangkal.

Nampak sudah Brunei ni makin hari semakin terhakis keamananya. Dikhuatiri jenayah - jenayah sebegini akan beralih kepada jenayah kejam sebagaimana yang lazim kita dengar dari negara - negara jiran seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Setiap malam memang susah rasanya kan tidur lena. Aku terpaksa sediakan sebilah parang masa tidur dan pasang telinga, takut - takut ada bunyi yang mencurigakan setiba dinihari. Hantu inda pulang ku takut, orang yang jadi masalah ni. Kadang - kadang aku rasa macam pesimistik kan punya anak di zaman yang serba moden tapi merbahaya ani. Peluang pekerjaan semakin sempit satu hal, pelaksanaan hukum hudud lain lagi ceritanya, jenayah nekad lagi tia jadi masalah. Tambah lagi perangai sebahagian orang - orang kitani inda mau berubah. Kamu baca saja komen yang menyuruh orang berbahasa Inggeris supaya dihukum hudud; inda bodoh dimana tu? Hukum hudud konon, pelajaran pun singap - singap baung jangan dulu kan menghukum orang. Sekurang - kurangnya pengirim tu boleh berhubung dalam dwibahasa walau tatabahasa dan nahu kurang mengikut piawaian Inggeris sebenar. Tapi titik utama disini, pengirim atu mampu dan faham apa yang dinyatakanya, bukan macam orang lain yang tau ucap dan marah inda tentu pasal hanya kerana ia inda faham Inggeris. Jangan jadi babal la.. Allah sudah mewajibkan hamba Nya untuk menuntut ilmu maka jadi tanggungjawab kitani untuk belajar apa yang perlu kitani ketahui. Paling aku benci kalau ada yang mencemuh orang yang mampu berdwibahasa dalam Inggeris sebagai "kafir", "lupa diri", "jubur hitam", "mun rasanya i.c. kuning jan tah kan spiking", "cam staie", "mengamah", dan macam - macam lagilah. Orang yang bercakap macam ani selalunya tergolong dalam kategori kurang pintar dan semangat kenegaraan diorang ni nada bertempat. Tambahan lagi, seringkali ku terbaca komen - komen inda berpendidikan dan inda berfikiran yang mengatakan bahawa "bahasa Inggeris bahasa keduniaan, bahasa Arab bahasa akhirat". Hello?? Kau cakap bahasa apa pun, siapa yang mencipta bahasa? Siapa yang bagi kau pancaindera dan otak untuk berfikir? Tapi malang sekali, cara bercakap macam orang langsung nada otak. Masalahnya disini bukan perbezaan bahasa dunia dan bahasa akhirat, tapi golongan manusia yang lebih cenderung untuk menimbulkan persengketaan dengan harapan akan ada pengikut - pengikut yang bersetuju dengan diorang ani. Golongan macam anilah golongan yang boleh diklasifikasikan sebagai "bodoh sombong". Kenapa bodoh sombong? Sebab ia menekankan penggunaan bahasa Arab sebagai satu - satunya kunci kejayaan dunia dan akhirat. Okay, nada masalah. Tapi pendapat macam atu yang mengenepikan keperluan untuk mempelajari bahasa - bahasa lain hasil ciptaan Allah Subhanahu Wata'ala memang jelas menunjukan kejahilan yang cukup tegar. Sedangkan aku baca komen orang macam ani langsung nada dalam bahasa Arab pun. Masih jua menaip dan berhubung dalam bahasa Brunei di Facebook. Inda tau malu kah? Orang lain berebut kan menimba ilmu, ia sibuk kan menyebarkan kebodohan. Colek pipi la woi...

Inilah perangai sebahagian dari orang kitani; tunjuk gagah inda bertempat, kan tunjuk pandai tapi bodoh, kan tunjuk alim tapi diri sendiri pun wallahu'alam. Aku ani solat pun ronggak kadangnya tapi apa - apa hal ku usahakan seboleh mungkin sebab aku ada dosa tersendiri. Hanya diriku dan Allah yang mengetahui. Apa yang aku luahkan disini inda lain inda bukan untuk menyedarkan bangsa Brunei kitani yang makin mundur, cuma segelintir saja yang berfikiran kehadapan dan mampu melihat kenyataan, dan kebanyakan orang macam ani sudah lari meninggalkan Brunei. Faham - fahamlah kenapa.

[BERSAMBUNG...]

No comments:

Post a Comment