Sunday, February 23, 2014

A Nation Deleted Part 6

Apa yang kita ketahui dengan maksud perkataan 'indoctrination'? Jika anda semua rajin dan curiga serta dahagakan ilmu, sila semak erti perkataan itu tadi didalam kamus.

Kini kita telah dipaksa untuk mentaati segala perkataan dan perintah, walau bagaimana bercanggah sekalipun ia dengan kehendak kita. Dan paling menyedihkan, negara yang telah sekian lama terkenal dengan taat membabi buta, kini ditokok tambah pula dengan paksaan untuk tidak membuka mulut dan bersuara. Ya. Kita tidak akan dapat berkata apa  - apa, samada memberi teguran, mempersoalkan kewajaran tindakan - tindakan mereka, mencurigai motif dan agenda sebenar dibalik undang - undang serta dasar yang mereka kuatkuasakan, dan bermacam - macam lagi persoalan yang boleh dianggap membahayakan rejim pemerintah. Tapi perlu diingat bahawa kebanyakan orang telah sedar dan membuka mata sedang yang lain masih lena diulit intan. Bagi mereka yang telah sedar, mereka tahu bahawa Islam apabila dikaitkan dengan rejim dan pemerintah serta undang - undang, akan dengan sendirinya bermaksud "tutup mulut, jangan banyak soal kerana ini datang dari Allah". Kita akan dikenakan denda ribuan ringgit, dan kita akan dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar perintah... rejim, bukan Allah.

Sekarang, apakah masa depan bagi negara tercinta ini? Kita sudah sedia maklum bahawa Brunei ini tidak mempunyai apa - apa daya tarikan bukan sahaja bagi pelancong, bahkan untuk penduduk tempatan juga. Dengan sifat dan perangai majoriti orang - orang Melayu Brunei yang tidak suka ditegur dan dinasihati untuk bekerjasama memajukan negara, kemanakah hala tuju Brunei ini suatu masa nanti? Kedegilan untuk tidak menerima pandangan serta pendapat yang baru dari orang - orang muda serta yang tua sekalipun akan menyebabkan negara ini tersungkur dilututnya sendiri suatu ketika nanti. Tidakkah kita sebagai rakyat Brunei, berbangsa Melayu dan beragama Islam ini merasa malu dengan jiran - jiran kita yang telah membangun? Seperti kata pepatah, "orang lain sudah naik ke bulan, kita belum lagi habis mengira bintang". Kecenderungan rejim pemerintah masa ini apabila digabungkan dengan perangai orang - orang Melayu Brunei yang rata - ratanya cuma jadi pak turut saja, adalah satu resepi paling hebat untuk kehancuran saksama. Cuba perhatikan sajalah gambar dibawah ini, dan fahamkan. If you are not a native Melayu speaker, the image simply shows the difference between sheep and people; one person calmly tries to question the rationality of this whole charade, while the other berates the first commenter, branding those who dare to question the implementation of Syariah law as traitors.

Truth hurts, and everyone is butthurt
Ketahuilah perbezaan antara kambing yang mengembek, dan serigala yang akan memakan kambing - kambing yang bertebaran dimerata tempat tanpa gembalanya.

Saturday, February 22, 2014

A Nation Deleted Part 5

Mula - mula sekali aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 30. Maknanya telah masuk tiga puluh tahun negara kita dilepaskan dari bawah ketiak British.

Nampaknya, negara kita sudah menjadi negara berpemerintahan kuku besi. Keupayaan bersuara yang dari dulu memang seakan tidak wujud, kini dibebankan pula dengan termaktubnya hukuman bagi orang - orang yang mempersoalkan dan mengkritik rejim pemerintah yang menjadikan Islam sebagai 'mukadimah'. Dalam erti kata lain, mereka boleh buat sesuka hati mereka terhadap penduduk negara ini, tidak kira Islam atau pun bukan. Sudah aku perkatakan sejak bertahun lamanya, bahawa rejim pemerintahan dan kroni mereka adalah kebal dari undang - undang. Belum pun kita sunyi sepi dari membincangkan tentang kesan penguatkuasaan hukum jenayah kanun Syariah ini, rakyat Brunei dikejutkan lagi dengan satu warta yang ditulis oleh seorang lelaki yang hanya dikenali dengan nama samaran "Jaya" di Borneo Bulletin. Dalam tulisanya, orang tersebut menganjurkan supaya wanita - wanita Islam di negara ini hanya dibolehkan memandu jika ada seorang pendamping mahramnya. Individu bernama "Jaya" ini juga mencemuh anak muda yang dikatakan telah dipengaruhi oleh budaya Barat ditahap melampau, mendengar muzik alunan penyanyi - penyanyi dari Barat yang menjalani kehidupan tanpa batasan.

Ramai yang meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati berikutan isi kandungan surat pada penyunting yang disifatkan sebagai provokatif dan berkontroversi. Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berbuat demikian dan hanya individu yang tidak bertanggungjawab sahaja yang akan muncul dengan anjuran sebegitu.

Akan tetapi, ada seorang individu yang mendakwa dirinya muallaf berketurunan Cina memberikan kata - kata yang menyengat lagi berbisa, sambil memperli orang - orang Brunei dengan maksud lebih kurang "kenapa bila tiba hal yang melibatkan wanita, kamu semu hiruk pikuk, ikut sajalah undang - undang Syariah sepertimana yang sering kamu banggakan!". Berikut adalah screenshot dari perbualan antara lelaki tersebut yang berhasil diperolehi sebelum Brunei fm menghapus gambar yang dikongsikan dari Bruneiusedcar.com.

Antara perbualan yang sempat dirakam
Individu yang menggunakan nama William Lim ini juga tegar mencabar seorang pengguna Facebook untuk membunuh anggota polis menggunakan pisau, dan mengatakan bahawa dia lebih berani dari lelaki tersebut.

Jadi, apakah punca lelaki tersebut berkata sedemikian? Berdasarkan kata - katanya, berkemungkinan dia ini telah lama menjadi mangsa cemuhan dan hinaan dari orang - orang Melayu kita. Salah satu perkara yang menjadi paksi utama kemarahan Lim ini berpunca dari komen sesetengah orang Brunei yang acap kali mengatakan "kalau inda suka Brunei tinggal tempat lain". Memandangkan dia bukan berbangsa Melayu, kata - kata sedemikian mengundang rasa marah yang berbaur perkauman. Tidaklah menghairankan jika para pembaca sekalian adalah orang Brunei sendiri kerana sebilangan besar rakyat Melayu Brunei memang "racist" dan sering memangsakan bangsa - bangsa lain untuk dijadikan bahan gurauan. Aku tidak menyokong kata - kata ancaman Lim ini, kerana ancaman atau ugutan yang tegar akan dikira sebagai jenayah jika pengugut berniat untuk melaksanakan ancaman, terutama ancaman yang melibatkan kehilangan nyawa seperti membunuh. Cuma apa yang kita perlu fahami ialah kenapa Lim terdorong untuk meluahkan kata - kata nekad seperti diatas. Ini semua berpunca dari perangai dan tabiat orang - orang Melayu Brunei kita yang pentingkan diri sendiri, singkat fikiran, dan terlalu taksub dengan rejim pemerintah sehingga sanggup menagguk di air yang keruh dengan menimbulkan tohmahan bercirikan perkauman. Tanyalah diri masing - masing; siapakah yang membina jalan raya, mengangkat sampah, menjadi pelayan - pelayan restoran, menjadi pembantu rumah dan tukang kebun, peniaga - peniaga kedai runcit dan pasaraya; sudah pasti lebih 80 peratus adalah warga asing yang kebanyakanya bukan berugama Islam. Bayangkan apa yang terjadi pada negeri ini jika pekerja luar kembali ke tanah air masing - masing, siapakah yang akan menyiapkan jembatan, membina bangunan, menjaga anak - anak kita sewaktu kita sedang sibuk bekerja? Adakah orang Melayu Brunei yang sanggup berjerih payah, kais pagi makan pagi, dan hidup susah?

Apabila aku cuba untuk membaca semula post tersebut, Brunei fm telah berjaya menghapuskanya memandangkan penerimaan orang ramai yang rata - rata cukup negatif. URL asal post tersebut adalah: https://www.facebook.com/BruneiXS/posts/411962168948311. Setelah pencarian gagal, aku hanya melihat makluman berikut terpapar pada skrin komputer ku.

404 lol
Nampak gayanya, semakin ramai orang yang berasa marah dengan perkembangan terbaru di negara yang tidak diketahui ramai ini.
Sama - samalah kita bermuhasabah diri. Kembangkan daya pemikiran. Jangan biarkan rejim pemerintah melakukan pemikiran dan kamu hanya tahu mengulang apa yang mereka katakan. Berfikirlah kerana berfikir itu percuma; bukankah orang Brunei suka segalanya percuma?

Keanu Reeves lagi faham...

Wednesday, February 12, 2014

A Nation Deleted Part 4

Tugas mengendalikan komputer dan akhbar memudahkan aku untuk memperolehi maklumat dalam negara. Ialah, maklumat yang sudah diacuankan untuk bacaan orang ramai di Brunei ani. Tapi ada satu bahagian di laman sesawang BruDirect.com bernama 'Brunei Have Your Say' yang sangat menarik perhatian ku. Post ani bertajuk The Need for Attitude Adjustment yang ditulis oleh penduduk tempatan. Ia menyuarakan rasa ketidakpuashatian terhadap perkhidmatan layanan di sebuah restoran makanan Jepun di Kuala Belait. Isi kandunganya memang banyak yang aku persetujui, tapi komen - komen susulan yang membuatkan post ani jadi lebih menarik untuk difikirkan dan untuk diambil iktibar bagi rakyat Melayu Brunei yang masih bekuruh tidur.

Ada salah satu komen yang ditulis oleh apa yang ku fahamkan sebagai pekerja asing. Apa yang dikatakanya melalui komenya atu sangat - sangat pedas macam penampar sepuluh ringgit. Pedas kenapa? Pasal apa yang diluahkanya atu adalah kenyataan sebenar tentang keadaan keseluruhan di negara kitani, orang - orang Brunei, kerajaan, dan prospek ekonomi yang semakin pudar dari pandangan. Sama - sama kitani hayati dan fahamkan apa yang ditulisnya. Kalau inda faham, jangan kan disumpah diapa, usaha, belajar, cari kamus. Jangan babal!

Komen yang bagus, padat, dan menjelaskan apa intipati Brunei secara menyeluruh
Kebenaranya disini, berapa ramai orang Melayu tempatan yang mau kerja dengan gaji cuma $200? Lepas tu kitani salahkan orang luar banyak mengambil pekerjaan. Cuba liat apa pekerjaan - pekerjaan yang dijawat oleh orang luar, samada buruh kasar maupun professional. Pendek kata, diorang sanggup, kitani inda. Kitani fikir kan mau senang saja. Memang benar cakap orang dalam gambar diatas atu; orang luar cuba untuk menaikan taraf kecekapan pekerja Melayu Brunei yang berada dibawah garis minimum piawaian antarabangsa. "Eh kau tau cakap saja" iatah tu paling - paling response yang kitani dapat dari orang Brunei. Sampai bila la mau maju kalau macam ani?

Perhatikan bagaimana ia menjangkakan bahawa dalam masa terdekat, ekonomi Brunei akan masuk dalam perigi buta disebabkan kitani nada kepelbagaian ekonomi, penduduk Melayu Brunei lagi kebanyakanya nada mempunyai kemahiran - kemahiran yang boleh digunapakai di arena pasaran global, dan sektor pelancongan sekarang ani cuma setakat menyediakan tempat persinggahan bagi pelancong - pelancong dari luar negara. Mungkin puak - puak yang bercakap "Biar tia Brunei inda kana lawat turis, janji malaikat tiap hari melawat" akan bertepuk sorak dalam kegembiraan yang teramat sangat bila nada lagi pelancong berkunjung ke negara ani. Nada pendapatan, nada duit, apa pakai makan. Minta tah kamu makan arah malaikat ah, kalau kan naik haji apa inda payah ke Makkah sama Madinah, naik haji di Brunei saja. Round tia the Mall sama Times Square atu sampai luruh rambut. Naik haji tah kamu sudah tu.

Ingat ni, inda selamanya kerajaan dapat menjana rakyat kitani. Lihat macam mana keadaan ekonomi kitani sekarang, terumbang - ambing. Malah diambang maut sudah. Kalau diambang Wati baik lagi, siuk jua kan didengar.

[BERSAMBUNG...]

A Nation Deleted Part 3

AMARAN: Blog kali ni akan ditulis menggunakan bahasa Melayu Brunei dan Bahasa Melayu Standard. Harap Maklum.

Baru saja menlayari bahtera alam maya, terbaca tah ku jua satu post berbahasa Inggeris. Post ani disampaikan melalui Brunei fm mengenai pengalaman seorang insan yang nyaris dirompak ketika pulang bersendirian dari membeli belah di sebuah kompleks membeli belah di Bandar Seri Begawan. Menurut kenyataan mangsa, suspek mengekorinya ke kenderaan. Ketika mangsa sedang sibuk menyusun hasil belian, tiba - tiba lelaki berkenaan mengetuk cermin pintu kereta sambil berkata "Tolong...tolong saya sakit benar". Mangsa memberitahu bahawa sebelah tangan suspek ada menggenggam suatu objek yang dipercayai pisau ketika dia mengetuk cermin kereta mangsa sambil berpura - pura memohon pertolongan. Berikut adalah keratan perkongsian pengalaman mangsa di Brunei fm.

Cetak skrin post asal seperti yang terpampang di Brunei fm
...dan.. hahaaha bahagian ni yang paling siuk ni membaca.. Jeng jeng jeng, muncullah segelintir pengomen yang kurang pintar dan tidak terdidik yang membidas post ani hanya kerana ia dipaparkan dalam bahasa Inggeris. Ada seorang pengguna Facebook tanpa segan silunya menyeru agar mangsa dikenakan hukum hudud angkara menggunakan bahasa Inggeris di negara majority Melayu Brunei. Mari kita saksikan.

Nak macam mana bodoh lagi kamu mahukan?
Baru pun tadi pagi kita mendengar berita tentang tiga orang pencuri yang masing - masing menerima hukuman penjara dan sebatan, ani ada lagi kisah cubaan merompak. Benar atau inda cerita ani, terpulang kepada pengirim asal. Tapi aku seolah - olah tahu siapa lelaki yang dimaksudkanya ani; dulu aku pernah terjumpa seorang lelaki umur dalam 40an, kulitnya gelap, rambut macam orang Africa, mata sebelahnya ada juling sikit kalau melihat kitani. Tinggi mungkin dalam 5 kaki 5 inci dan berat lebih kurang 150 lbs. Selalu mengayau kawasan Bandar dan Gadong. Ia pernah minta duit arah ku. Kali pertama ku bagi atas dasar kesian. Ikut ceritanya, ia ani sudah tiga hari inda makan, mama bapanya sakit kononya. Bila aku sebut yang aku ni bekerja untuk polis, garu kepala ia terus. Jadi dari sana aku tau lelaki ani membual. Tapi aku bagi sajalah duit arahnya supaya ia inda mengacau aku lagi pasal masa atu ia bawa payung, boleh jadi senjata kalau ia bertindak agresif. Aku ani inda pulang pandai silat or MMA tapi kalau terdesak, keluar jua Cannibal Holocaust hahaha.. cuma waktu atu aku bersangka baik walau dalam hati ada rasa sesuatu inda kena dengan lelaki atu. Entah macam mana beberapa bulan lepas atu, terjumpa ku lagi lelaki ani masa aku berjalan dengan girlfriend ku. Sama jua ceritanya, kan minta duit. Dikejarnya kami sampai ke kawasan parking tapi kami inda peduli. Terus masuk dalam kereta, terus kunci. Girlfriend ku menggigil ketakutan. Bila ia inda berjaya meminta duit arah kami, ia lari arah orang yang memandu Lexus, habislah jadi mangsa hahaha.. kami terus tinggalkan saja Yayasan lepas bayar tiket letak kereta. Inda genap ku kan memijak kaki ku kesana lagi selepas kejadian atu.

Mungkin kamu hairan kenapa kami inda buat laporan polis. Aku inda mau buat laporan polis pasal ia inda membuat apa - apa tindakan yang membahayakan arah kami masa atu. Memang benar, beringat sebelum kena tapi prosedur undang - undang berbeza dari main hakim sendiri; kitani inda boleh selarah - larah kan heret orang ke balai disebabkan ia meminta duit arah kitani. Tapi kalau ia majal jua, boleh kitani dakwa sebagai menganggu ketenteraman orang awam.

Ada rakan sekerja pernah berjumpa dengan lelaki ani jua. Yang lawaknya, inda pernah berjumpa sebelum atu tapi macam sepuluh tahun dah kenal. "Adeh, ji, lama inda jumpa ni, apa khabar? Bah, belanja eh!" kata lelaki atu. Kawan ku ani hairan campur jengkel, dicakapinya: "Siapa kau eh? Kenal ku pun inda. Jangan kan terminta - minta, diri atu sihat masih, bekerja bah!". Terus ia tinggalkan lelaki atu. Mengikut cerita kawan ku ani, lelaki atu kononya penagih dadah. Duit yang dimintanya dari mangsa - mangsa perdayanya digunakan untuk membeli dadah. Sejauh mana kebenaran dakwaan kawan ku ani aku pun inda pasti, dan aku inda jua setuju, inda jua menyangkal.

Nampak sudah Brunei ni makin hari semakin terhakis keamananya. Dikhuatiri jenayah - jenayah sebegini akan beralih kepada jenayah kejam sebagaimana yang lazim kita dengar dari negara - negara jiran seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Setiap malam memang susah rasanya kan tidur lena. Aku terpaksa sediakan sebilah parang masa tidur dan pasang telinga, takut - takut ada bunyi yang mencurigakan setiba dinihari. Hantu inda pulang ku takut, orang yang jadi masalah ni. Kadang - kadang aku rasa macam pesimistik kan punya anak di zaman yang serba moden tapi merbahaya ani. Peluang pekerjaan semakin sempit satu hal, pelaksanaan hukum hudud lain lagi ceritanya, jenayah nekad lagi tia jadi masalah. Tambah lagi perangai sebahagian orang - orang kitani inda mau berubah. Kamu baca saja komen yang menyuruh orang berbahasa Inggeris supaya dihukum hudud; inda bodoh dimana tu? Hukum hudud konon, pelajaran pun singap - singap baung jangan dulu kan menghukum orang. Sekurang - kurangnya pengirim tu boleh berhubung dalam dwibahasa walau tatabahasa dan nahu kurang mengikut piawaian Inggeris sebenar. Tapi titik utama disini, pengirim atu mampu dan faham apa yang dinyatakanya, bukan macam orang lain yang tau ucap dan marah inda tentu pasal hanya kerana ia inda faham Inggeris. Jangan jadi babal la.. Allah sudah mewajibkan hamba Nya untuk menuntut ilmu maka jadi tanggungjawab kitani untuk belajar apa yang perlu kitani ketahui. Paling aku benci kalau ada yang mencemuh orang yang mampu berdwibahasa dalam Inggeris sebagai "kafir", "lupa diri", "jubur hitam", "mun rasanya i.c. kuning jan tah kan spiking", "cam staie", "mengamah", dan macam - macam lagilah. Orang yang bercakap macam ani selalunya tergolong dalam kategori kurang pintar dan semangat kenegaraan diorang ni nada bertempat. Tambahan lagi, seringkali ku terbaca komen - komen inda berpendidikan dan inda berfikiran yang mengatakan bahawa "bahasa Inggeris bahasa keduniaan, bahasa Arab bahasa akhirat". Hello?? Kau cakap bahasa apa pun, siapa yang mencipta bahasa? Siapa yang bagi kau pancaindera dan otak untuk berfikir? Tapi malang sekali, cara bercakap macam orang langsung nada otak. Masalahnya disini bukan perbezaan bahasa dunia dan bahasa akhirat, tapi golongan manusia yang lebih cenderung untuk menimbulkan persengketaan dengan harapan akan ada pengikut - pengikut yang bersetuju dengan diorang ani. Golongan macam anilah golongan yang boleh diklasifikasikan sebagai "bodoh sombong". Kenapa bodoh sombong? Sebab ia menekankan penggunaan bahasa Arab sebagai satu - satunya kunci kejayaan dunia dan akhirat. Okay, nada masalah. Tapi pendapat macam atu yang mengenepikan keperluan untuk mempelajari bahasa - bahasa lain hasil ciptaan Allah Subhanahu Wata'ala memang jelas menunjukan kejahilan yang cukup tegar. Sedangkan aku baca komen orang macam ani langsung nada dalam bahasa Arab pun. Masih jua menaip dan berhubung dalam bahasa Brunei di Facebook. Inda tau malu kah? Orang lain berebut kan menimba ilmu, ia sibuk kan menyebarkan kebodohan. Colek pipi la woi...

Inilah perangai sebahagian dari orang kitani; tunjuk gagah inda bertempat, kan tunjuk pandai tapi bodoh, kan tunjuk alim tapi diri sendiri pun wallahu'alam. Aku ani solat pun ronggak kadangnya tapi apa - apa hal ku usahakan seboleh mungkin sebab aku ada dosa tersendiri. Hanya diriku dan Allah yang mengetahui. Apa yang aku luahkan disini inda lain inda bukan untuk menyedarkan bangsa Brunei kitani yang makin mundur, cuma segelintir saja yang berfikiran kehadapan dan mampu melihat kenyataan, dan kebanyakan orang macam ani sudah lari meninggalkan Brunei. Faham - fahamlah kenapa.

[BERSAMBUNG...]

Tuesday, February 11, 2014

A Nation Deleted Part 2

Baru hari ani kitani ada mendengar dan membaca berita pasal pencuri tiga sekawan yang masing - masing dikenakan hukuman penjara antara 11 dan 12 tahun serta 8 ke 9 kali sebatan. Malanglah nasib diorang bila sudah dijatuhi hukuman atu. Sekarang ni orang kitani mesti buka mata, pasal dulu, segala macam kes jenayah selalunya dikaitkan dengan pendatang asing, paling selalu orang - orang Indonesia. Tapi ani kitani kena tampar pasal yang mencuri ani adalah rakyat tempatan, berbangsa Melayu Brunei dan berugama Islam. Anilah kenyataanya. Inda mengejutkan, tapi mengecewakan dan memalukan. Apa sudah jadi dengan negara Brunei Darussalam yang suatu ketika dahulu terkenal gah dengan keamanan dan kemakmuranya, sekarang sudah jadi macam kuih mor kena hurungi semut; kalau dicuci kuih mor atu, semut hilang, kuih pun jadi cair. Kitani yang mencuci inda dapat apa - apa. Sia - sia pun ajalah jawabnya hahaha.. kira no-win situation for everyone.

Aku belum lagi selesai membicarakan soal kesepaduan hudud dan kepelbagaian budaya serta masyarakat di Brunei ani. Ekonomi pun belum habis aku sentuh sepenuhnya. Kenapa sebahagian orang merungut bukanlah semata - mata kerana orang mahu berbuat dosa dan maksiat dimerata tempat. Tapi perkara yang menjadi paksi utama kepada ketidakpuashatian ani adalah masalah ekonomi negara yang inda pelbagai dan terlalu bergantung pada minyak dan gas. Ialah, aku taulah aku cuma mampu cakap saja dan aku seorang inda akan dapat memajukan negeri ani walau apa pun cara ku, pasal aku bukan siapa - siapa, nada pangkat, harta pun sekelumit saja. Tapi apa yang kami ada dan langsung inda wujud pada pak - pak menteri boroi yang entah, makan gaji buta pakah, ialah idea dan pandangan. Kami beranggapan bahawa jika hasil minyak negara ni dipergunakan dan disalurkan secara sihat menurut saluran - saluran yang telus dan saksama lagi berkewibawaan, maka mustahil akan ada orang susah di Brunei ani. Malahan, inda mustahil Brunei boleh mempelbagaikan ekonomi negara melalui industri - industri applikasi elektronik. Contoh Singapore, negeri yang jauh berapa kali lebih damit dari Brunei, nada minyak. Hatta air pun terpaksa ambil dari kawasan lain sampai jadi isu politik dulu. Tapi liat Singapore, jauh lebih maju dari Brunei (ada ni karang yang bercakap "mun kau inda suka Brunei, aga tah kau tinggal di Singapore" atau "Singapore negeri kafir, iatah maju".. Jadi, kalau ikut logik kamu, negeri Islam mesti mundur la? Bagus. Cukup pintar. Satu tepukan gemuruh lagi berguruh untuk kamu!). Singapore punya sumber tenaga manusia dan kerajaanya mengambil langkah yang bijak untuk menarik segala ciri - ciri yang diperlukan dari setiap manusia untuk membangunkan negara yang langsung nada hasil bumi. Ya, memang benar hakikatnya bahawa Singapore melindungi kaum Yahudi dengan membina synagogue di negeri atu. Bukan aku inda mau persoalkan tu, cuma tu nah, kitani ambil perkara positif dari segi kemajuan yang terdapat di Singapura. Salahkah? Haramkah kalau kita belajar taktik pembangunan dari orang - orang kafir bila suku daripada kakitangan pendidikan di negara kitani ani, baik swasta ataupun awam adalah terdiri dari orang bukan Islam? Bukankah Allah mewajibkan kitani untuk menuntut ilmu? Pernah jua kali ah kitani mendengar hadith yang mengatakan "Barangsiapa yang ingin berjaya di dunia, hendaklah dia berilmu. Dan barangsiapa yang ingin berjaya di akhirat, hendaklah juga ia berilmu". Kalau atu pun lagi inda faham inda tah ku tahu tu..

Maksudnya disini, kitani harus pelajari apa yang membuatkan sesebuah negeri atu maju, dan kemajuan atu hendaklah menyeluruh. Kitani sebenarnya ada kelebihan pasal negara ni sudah ditakdirkan Allah sebagai negara Islam, maka ambilah peluang kesempatan atu untuk membangun sambil beramal, bukan saja 'beramal memanjang.' Pasal apa, zaman ani, kalau kitani kan bicara soal zuhud (bukan hudud ah, zuhud), memang cukup mustahil. Kerana zaman sekarang adalah zaman kebendaan diselaputi riba. Ada hadith dulu mengatakan "Akan datang satu masa dimana tidak ada seorang pun yang tidak pernah memakan riba (iatu selamat dari riba), dan jika seseorang itu tidak memakan riba maka dia akan terkena debu - debunya". Lebih kurang macam atu bunyinya. Cubalah, suruh menteri ugama or mufti tu bekerja, tapi jangan dibayar gaji diorang, suruh diorang berkhidmat semata - mata untuk Allah dan bukan siapa - siapa. Mau kah diorang? Payah kan mencari orang yang benar - benar membelakangi dunia dan kebendaan masa ani. Apa yang aku nyatakan tadi tu bukan kan mendorong atau menggalakan kitani semua untuk gila harta, atau jadi mata duitan, atau cintakan keduniaan, tapi anilah realiti hidup yang sementara ani. Tanyalah diri sendiri kenapa mau bekerja, sudah tentu jawapanya untuk dapat duit. Sama jua ceritanya kalau orang buka perusahaan sama perniagaan, ia mau dapat duit jua. Kenapa duit? Tertakluk kepada niat dan tujuan individu, duit ani secara lumrahnya akan digunakan untuk membeli makanan dan barang keperluan untuk hidup. Atulah yang asas sebenarnya. Kalau beli benda - benda lain tu cuma terhasil dari keinginan kitani, bukan keperluan. Macam yang ku sebutkan sebelum ani, harga barang makin naik, gaji inda. Jelasnya disini, kitani nada pilihan lain, melainkan untuk mencari punca pendapatan walau apa pun jua kelulusan dan gaya hidup kitani. Setiap manusia adalah berbeza dari segi pemikiran dan tujuan serta matlamat hidup. Semua orang mau kaya, tapi berapa orang yang mau menolong orang susah tanpa masuk surat khabar atau masuk tv (awu, berpadat ia dalam HDTV ah.. haha nadalah). Dan paling penting sekali, berapa orang yang benar - benar mahukan perubahan demi kebaikan dan kemajuan bersama?

Adakalanya diri merasa sedih melihat perusahaan - perusahaan dan perniagaan dibolot oleh puak Cina dan India. Kemana perginya orang Melayu kitani? Jangan anggap yang bangsa diorang ani cuma terhad kepada sektor swasta dan perniagaan maka diorang ani inda mengundang bahaya pada bangsa kitani. Cuba lihat di America, yang banyak melobi congress dan membeli ahli - ahli politik disana adalah syarikat - syarikat persendirian yang memiliki hasil berbilion dollar. Dengan mudah saja seseorang atu akan dibeli oleh pemilik - pemilik syarikat, cuma perlu nyatakan berapa jumlah yang perlu dibayar untuk membeli kesetiaan, mengubah dasar kepimpinan, dan menyelaraskan perundangan baru yang semestinya menguntungkan syarikat - syarikat yang melobi. Cuba lihat di Brunei masa ani; kenapa kerabat diraja dan para menteri - menteri menyambut tahun baru Cina sedangkan kitani tahu yang majority dari bangsa atu mana ada yang berugama Islam. Tapi bila kitani menyebut 'Merry Christmas' pada saudara Nasrani (Christian) kitani kena fatwakan haram tia. Dulu aku pernah berdebat dengan makhluk - makhluk tempatan yang bebal naudzubillah, yang inda fahamkan penjelasan ku bahawa tujuan ku mengucapkan 'Merry Christmas' pada kawan - kawan yang menganut agama Christian adalah semata - mata untuk mengeratkan silaturrahim antara yang Islam dengan yang bukan Islam. Tapi diorang di Facebook ani inda pandai faham - faham, dibawakan lagi hadith yang berbunyi "Barangsiapa yang meniru atau mengikut sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kaum tersebut". Okay, atu aku inda bantah, inda ku sangkal. Tapi masalahnya, kalau benarlah kamu ni ikhlas berdakwah, kenapa kamu inda tegur dan kecam kerabat - kerabat diraja kitani dan menteri - menteri yang datang menyambut tahun baru Cina? Masuk berita, masuk radio, masuk surat khabar lagi. Kenapa nada satu makhluk pun yang berbunyi tentang hal ani? Kenapa mufti dan menteri ugama diam saja? Mana tia hudud? Ani dinamakan 'hypocrite' dan 'double standard!'. Islam kah Cina ani, aku bertanya dulu, Islam kah? Kalau kamu benar - benar kan mengaplikasikan hadith tadi atu, nada ni segala sambutan tahun baru Cina kah apa di Brunei ani.

Kemana perginya fatwa dan kecaman dari Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk aktiviti macam ani?

Kenapa tia nada keluar hadith? Sunyi sepi saja. Orang di Brunei sembahyang berjamaah, baca doa awal tahun ia berpesta sama Mariah Carey tah pulang.
Dan ani adalah orang yang sama menyeru supaya belia - belia memajukan diri kehadapan. Memang menarik untuk dijadikan renungan bersama.


Tapi K-Box diharamkan, kerana didapati banyak anak luar nikah bergelimpangan dalam K-Boxes atu.. inda pulang, tapi atu tah yang dikatakan oleh pegawai Adi Syohreni menurut apa yang tertulis dalam kedua - dua artikel tersebut.

Ani kah yang diharapkan bangsa dan negara? Amat sukar untuk mempercayai kata - kata yang keluar dari mulutnya. Belia masa ni bergelut kan dapat kerja. Sijil macam sudah inda kena pandang. Terpaksa kerja dengan gaji yang inda setaraf dengan kelayakan. Kenapa inda masuk akal? Sebab kitani semua tahu yang Brunei ani suatu masa dahulu adalah sebuah negeri yang kaya. Kalau hasil minyak atu dipergunakan sebaik mungkin, masalah pengangguran ani dapat diatasi. Lagi pun, rakyat kitani inda sampai setengah juta, pun atu inda kan terbala. Orang luar punya gaji lebih tinggi dari orang tempatan. Mana lagi mindset dan pola pemikiran kebanyakan orang Brunei yang masih diselubungi 'syukur', 'MIB', 'jangan memilih kerja' sama 'Surah An-Nisa ayat 59'. Adalah difahamkan bahawa tradisi di negeri kitani ani, kalau belum ada yang mati sama bemara, belum tah ada perubahan tu dibuat.

Cukup mengecewakan. Brunei sebenarnya boleh menjadi sebuah negeri yang terbaik. Tapi sebahagian besar dari orang kitani enggan ambil peduli. Mungkin ani disebabkan oleh kurangnya saluran - saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati tanpa ditangkap atau diintip oleh Keselamatan Dalam Negeri (KDN). Sebenarnya kitani boleh jadi yang terbaik, tapi ada sesuatu yang menghalang diri kitani dari mencapai impian dan cita - cita yang terbuku dihati. Bila bab - bab menghukum orang sebagai kafir apa, wah, bukan main laju. Tambah parah lagi bila amalan sebegini dijadikan perundangan bila orang bukan Islam akan dikenakan saman sebanyak $12,000 dan akan dipenjarakan sehingga tiga tahun akibat memberi salam pada orang Islam dan menggunakan perkataan 'insya Allah'. Ani kah yang diajar oleh Rasulullah? Hal macam ani seolah - olah telah dipolitikan seperti mana halnya kontroversi pengunaan kalimah Allah di Malaysia. Sedangkan Islam mengajarkan tolak ansur dan saling menghormati sesama insan inda kira apa warna, bangsa dan agama manusia atu sekalipun. Kalau orang bukan Islam menggunakan 'assalamualaikum' dan 'insya Allah' dengan tujuan menistakan kesucian kalimah Allah, memang benar mereka harus diambil tindakan. Tapi apa halnya jika seseorang yang bukan Islam atu cuba merapatkan hubungan dengan kita Muslim? Inda mustahil orang bukan Islam atu akan terbuka hatinya untuk mempelajari Islam dan akhirnya akan memilih Islam sebagai jalan hidup yang baru. Hukuman yang dikenakan ani bagi ku melampaui batas kerana ia jelas menunjukan sikap 'zero tolerance' atau toleransi sifar. Apa tanggapan orang bukan Islam nanti pada agama kitani? Memang diorang menganggap kitani nada beza dengan pengganas - pengganas biayaan Saudi Arabia yang membunuh orang - orang awam, kanak - kanak, orang tua, wanita yang inda berdosa di Timur Tengah melalui bom berani mati dan bom kereta. Nada dalam Al-Quran dan Islam yang menyuruh umatnya menindas orang bukan Islam, malah kitani punya tanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada orang kafir, selagimana orang kafir atu menjalankan kehidupan mereka secara aman dan damai tanpa cuba untuk menyesatkan orang - orang Islam. Hanya bila mereka cuba mencabul kehormatan Islam dan negara barulah kita dibenarkan untuk mengambil tindakan, atu pun biar berpada - pada dan mengikut undang - undang. Bukan main hentam kromo ikut nafsu dan main hakim sendiri. Ya, memang benar dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 51 ada menyatakan:

"Hai orang - orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang - orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) menjadi pemimpin - pemimpin mu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang yang zalim".

Sudah terang lagi bersuluh yang Surah Al-Maidah ayat 51 mengingatkan kitani supaya jangan bersekongkol dengan orang - orang Yahudi dan orang - orang Nasrani. Tapi apakah yang Allah cuba nyatakan pada kitani sebenarnya? Adakah kitani inda boleh langsung berkawan sama orang Yahudi dan Nasrani? Bukan. Sebenarnya Allah mengingatkan hamba Nya supaya menjauhkan diri dari berpakatan dengan AIPAC (American Israel Public Affairs Commitee) kerana gerombolan anilah musuh Islam yang aktif menjalankan misi penghapusan umat Islam diserata dunia dengan alasan 'menyebarkan kebebasan' dan 'mempertahankan demokrasi'. Tapi, bagi kami, musuh sebenar Islam adalah orang Islam itu sendiri. Kerana orang Islam lah yang melanggar hukum hakam, berperang dan berbunuh sesama sendiri, gila kuasa, menindas yang lemah. Umat Islam zaman sekarang tiada bezanya dengan kaum - kaum yang lain. Sejak kewafatan Rasulullah, umat Islam sudah jadi 'buffett' untuk orang kafir. Syiah taksub dengan imam, Sunni taksub dengan kuasa dan undang - undang. Umat Islam sendiri yang memalukan dan mencemarkan imej Islam dipersada dunia.

[BERSAMBUNG...]

Monday, February 10, 2014

A Nation Deleted Part 1

Haven't been writing anything on this blog for quite some time. Now I'm back, and nothing can stop me. This is my rant and I'm going to write it in Malay because a lot of people in Brunei are so fucking dick-headed that they don't understand shit when you speak or write in English. Some of them do understand and are highly capable, but my writings will be directed against those rednecks who think themselves highly than other people.

Sekarang ni kita banyak mendengar hiruk pikuk di arena social media. Hiruk pikuk yang macam mana tu bui? Macam - macam. Kebanyakanya pasal Undang - Undang Jenayah Syariah 2013 yang bakal dikuatkuasakan pada bulan April yang akan datang ani. Majority menyokong, sebahagian membantah, yang selebihnya wallahu'alam inda tau apa reaction diorang.

Aku akan menumpukan perhatian pada hal yang diatas tadi, iaitu kebingitan sesetengah pihak yang membidas penguatkuasaan hukum hudud dinegara ani. Aku secara peribadi memang menyokong hukum hudud ani dilaksanakan kerana sebagai orang Islam, undang - undang Allah adalah undang - undang yang paling unggul di muka bumi ani. Cuma masalahnya, yang aku inda setuju adalah orang - orang yang berselindung disebalik 'muka' hukum Syariah ani. Okay, mungkin selepas ni memang ada yang mengecam aku, dan mungkin jua ada yang kan bawa berkelaie kerana apa yang bakal ku utarakan disini memang penuh dengan controversy. Al - maklumlah orang Brunei memang kebilangan pasal berkelaie walaupun puncanya anu perkara yang bodoh bahlul. Jadi, diharap kalian semua yang membaca hasil nukilan ku ani agar membacanya dengan fikiran yang terbuka, bukan menampurung.

Okay, tadi aku ada sebut pasal orang yang berselindung dibalik tabir hukum hudud dan kanun jenayah Syariah ani. Jadi ani pendapat ku yang jua dipersetujui secara sebulat suara oleh gerakan pemuda di negara ani. Pertama - tama sekali, tolonglah semak balik perlaksanaan hukum hudud atu dulu. Pastikan ia benar - benar dapat dilaksanakan secara adil, jujur, dan saksama. Kitani inda mau hukum hudud ani untuk orang biasa saja, atau rakyat kebanyakan. Maksud ku disini; hukum syariah ani menyeluruh. Menyeluruh bermaksud, ia merangkumi segenap aspek kehidupan kitani. Antaranya termasuk sistem kewangan dan perbankan, pentadbiran, pendidikan, perekonomian, pelaburan, kebudayaan, dan pembangunan. Kenapa mesti bertumpu pada menghukum penjenayah saja? Inda pernahkah orang - orang Brunei kebanyakan ani terfikir apa muslihat disebalik tumpuan pada jenayah atu? Awu, memang benar tu hukum Syariah ani bertujuan untuk menimbulkan rasa gerun, gentar dan takut pada bakal - bakal penjenayah supaya diorang ani jara nya kitani, dan inda kan tergamak untuk melakukan jenayah. Bisai kan? Hal ani memang aku sokong seratus peratus pasal apa aku sendiri bukan penjenayah, jadi nada apa yang perlu aku ingaukan.

Cuma... Hahaha cuma atu yang mahal tu nah. Cuma disini, perundangan atu mesti dikaji benar - benar, bukan hanya pasal 'ia' bercakap yang kitani sudah cukup segala - galanya jadinya terus terjun lah buat hukum hudud. Cuba bayangkan, bagaimana penerimaan orang kitani pada bekas - bekas penjenayah yang tangan dan kaki diorang dipotong angkara perbuatan jenayah diorang seperti mencuri dan merompak. Bukan kitani inda tau yang orang Brunei ani pengucapan kali ah. Lagi pun, orang Brunei suka mengada - adakan cerita, menokok tambah perkara yang langsung nada berasaskan pada kebenaran. Baca saja artikel ani sama ani, tau tah kamu tu macam mana pembualnya orang Brunei di zaman canggih dan serba moden sekarang.

Memang kalau difikirkan secara waras, buat apa tah kitani kan mencuri, kan? Orang yang didakwa mencuri ani kebanyakanya sihat wal-afiat, waras dan sebenarnya mampu membuat pertimbangan secara rational, tapi masih jua diorang mencuri. Ah, salahnya sendirilah, bukan salah orang lain. Nada jua orang menyuruh diorang mencuri kali ah. Orang yang dirompak diorang ani inda jua mau harta bendanya kan kena rompak dan dicuri. Benar inda? Betul!!!

Malang sekali, peningkatan kes - kes jenayah rompak dan curi ani sedikit sebanyak, mungkin banyak, berpunca dari permasalahan ekonomi dan pengangguran. Sekurang - kurangnya aku boleh bahagikan diorang ani kepada beberapa kategori yang mudah:

1. Kategori pertama, yang merompak pasal atu adalah sumber pendapatanya, walaupun ia sebenarnya sudah bekerja dan merasa gajinya atu inda cukup untuk menampung keinginanya untuk berharta macam orang lain. Malas berusaha, (merompak atau mencuri atu kira usaha pulang jua tu benar, tapi haram lah, jan talo!!), mahu beroleh harta dengan jalan mudah tapi berisiko, merompaklah jawabnya. Adakalanya yang ku perhatikan, perompak macam ani didorong oleh kemahuan dan keinginan, bukan keperluan. Fahami tu perbezaan antara keinginan dan keperluan. Mun inda faham, hantukan tia kepala atu ke dinding sampai pecah hahahaha nada wah.. baibun saja. Keinginan macam mana? Ani bagi ku ada sangkut paut dengan kemunculan pelbagai jenis barangan elektronik yang canggih lagi bagi ketagih macam iPhone, Samsung Galaxy tab, iPad, dan segala bentuk peralatan kemudahan perhubungan dan hiburan yang terkini dan mutakhir. Okay, aku inda menyalahkan pencipta alat - alat ani, tapi bagi ku, ada sebahagian orang yang inda mampu kan membeli, tapi punya keinginan kan memiliki. Pasal apa, orang atu dselubungi rasa iri dan cemburu ekoran melihat orang disekelilingnya terdapat telefon bimbit atau tab yang canggih macam apa. Jadinya, peralatan macam ani menimbulkan rasa persaingan dan cemburu sesama manusia, dan menambah luka pada jurang diantara yang terdapat sama inda terdapat (inda mampu lah tu. Iatah tu, selalu ku dengar paibunan orang Brunei, mun inda mampu, curi bah. Nah, bila sudah orang mencuri, riuh tia jua.. Bodoh!). Maka, pada hemat saya (saya la jua..),  kalau barang atu inda kegunaan benar - benar, jangan tah dibeli. Cukup la pakai telefon Nokia biasa, okay jua. Nada kan dimalukan tu. Orang ucap ketinggalan zaman pun peduli apa, betul inda? Kitani beli hasil duit titik peluh. Pun canggih macam mana pun telefon ani, paling - paling berbalik jua kitani pada fungsi asalnya, iaitu untuk membuat dan menerima panggilan serta menghantar dan menerima perkhidmatan pesanan ringkas (SMS. Inda berapa main tu bui, masa ani WhatsApp sudah hahaha). Belum jua ada ku meliat telefon canggih masa ani boleh tukar jadi jet penumpang atau kereta lumba (Duh!!). Bagi ku orang yang memperjudikan harga diri pada telefon bimbit canggih ani orangnya punya ketidakselamatan diri (atau insecurity). Ia punya keyakinan diri terlampau rendah sampai ia terpaksa berharap pada electronic gadgets untuk menunjukan bahawa ia adalah orang yang berharta. Yakinlah pada diri sendiri, bukan pada benda - benda macam atu. (Awas, ada yang bercakap ni karang: "kenapa? kau jealous??" Haha.. orang Brunei la katakan)

2. Kategori kedua ni kronik ni sikit, macam nama album Dr. Dre la. Golongan perompak / pencuri kedua ni melancarkan kempen jenayah diorang semata - mata untuk membiayai pembelian dadah atau bahan - bahan yang sewaktu denganya. Apabila ketagihan sudah tahap kritikal tapi nada terdapat duit untuk beli dadah, maka terpaksa mencuri dan merompak. Hasil rompakan atu, kalau ia berupa peralatan maka akan dijual, duit hasil jualan tadi akan digunakan untuk beli dadah. Acap kali kitani dengar orang curi rim tayar kereta tia, curi kabel eletrik, dan macam - macam benda lagi lah. Lebih parah lagi kalau diorang ani pernah ditangkap dan pernah keluar masuk penjara atas pertuduhan selain daripada dadah. Oleh kerana rekod mereka sudah tercemar dan nama mereka disenarai hitamkan, maka sukarlah bagi diorang untuk mencari pekerjaan dan memulakan hidup baru (bagi yang sepatutnya insaf sudah). Tapi disebabkan penerimaan masyarakat kitani yang lebih cenderung pada mencemuh diorang ani, dan mana - mana majikan enggan mengambil bekas pesalah jenayah untuk bekerja, maka tekanan hidup, kekecewaan, kesedihan akan membuka semula hati mereka untuk menceburi semula kancah jenayah yang telah sekian lama mereka tinggalkan. Jadi, diorang ani inda mustahil akan berjumpa semula dengan kawan - kawan 'seperjuangan' sebagai jalan keluar dari bebanan yang menimpa hidup diorang. Akhirnya, berkecimpunglah semula ke lembah yang berduri. Inda semua macam ani. Biro Kawalan Narkotik ada program pemulihan untuk bekas penagih dan diorang ani pulang yang membantu kerajaan dalam membuat kempen kesedaran anti dadah untuk orang ramai. Aku pernah berjumpa dengan diorang ani dan alhamdulillah, diorang sudah insaf dan benar - benar berubah. Malahan, diorang lagi diterima bekerja. Pendek kata, pemulihan perlu sokongan moral dari masyarakat dan pihak berkuasa, dan paling penting adalah sokongan kerohanian. Sebab, kalau diorang ani sesat dalam kembara disudut rohani (Soulside Journey) maka akan mudah bagi diorang untuk kembali semula ke jalan yang berliku. Pun macam atu, kitani inda boleh terlepas pandang pasal ada sebahagian dari penjenayah ani ada yang babal. Atu sudah dikira boleh mencapai tahap 'psychopath'.

3. Kategori ketiga boleh jua memasukan golongan pertama dan kedua sekaligus, kira macam penyulingan (condensing) ciri - ciri yang sedia ada. Golongan yang ahli - ahlinya menganggotai suatu sindiket perompak yang seringkali bersenjata dan modus operandi mereka kadangkala terperinci, termasuk melakukan pemantauan terdahulu pada rumah - rumah atau premis yang bakal dijadikan sasaran aktiviti jenayah mereka. Inda mustahil, ada ahli - ahlinya berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan paling mengecewakan sekali ialah, gerakan ini turut dijayakan oleh orang tempatan seperti yang dilaporkan oleh artikel - artikel ani (klik pautan - pautan). Dulu, ada terdapat satu kejadian yang inda berkaitan dimana pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan rutin pada sebuah penempatan untuk pekerja asing di Dearah Belait. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk memastikan bahawa pekerja - pekerja asing mematuhi undang - undang imigresen tempatan dan mereka tidak berada di Brunei melebihi dari tempoh yang ditetapkan. Inda semena - mena, ketika pemeriksaan dijalankan pada seorang lelaki warganegara Indonesia, didapati bersamanya beberapa kelongsong peluru hidup (awu, live ammunitions, bukan peluru air gun atau peluru kosong) dan beberapa keping gambar rumah - rumah mewah disekitar negara kitani. Oleh kerana memiliki peluru hidup adalah satu kesalahan di Brunei, dan senjata api adalah diharamkan sama sekali, maka pihak berkuasa pun menjalankan siasatan keatas lelaki Indonesia tersebut. Ketika disoal siasat, barulah perkara sebenar terungkai; lelaki tersebut  mengaku yang dia bekerja di negara ini sambil menjalankan pemantauan pada kediaman - kediaman orang - orang kenamaan di Brunei, termasuk seorang yang dikenali sebagai 'Pengiran Anak'. Lelaki atu juga didapati memiliki sekurang - kurangnya tiga passport palsu yang bakal digunakan bagi tujuan melarikan diri sebaik misi rompakan berjaya dijalankan. Katanya lagi, pantauan tersebut disalurkan pada gerombolan anggota perompak yang berpusat di salah satu wilayah di Indonesia, dimana jika pemantauan telah selesai dilaksanakan, maka anggota gerombolan tersebut akan membekalkan senjata - senjata api berupa 'shotgun' berkaliber 12 gauge kepada lelaki yang disoal siasat itu tadi secara seludup. Butiran - butiran peluru yang diperolehi dalam hak milik lelaki tersebut adalah bertujuan untuk dimuatkan pada 'shotgun' yang bakal digunakan dalam misi rompakan mereka. Lelaki tersebut juga cuba mengambil kesempatan atas kenyataanya yang polis Brunei tidak bersenjata serta mempelajari jarak sasaran - sasaran dari balai - balai polis yang berdekatan. Bayangkan jika mereka ani berjaya melakukan rompakan, sudah pasti akan ada nyawa yang terkorban kerana kita sedia faham bahawa perompak bersenjata inda akan teragak - agak untuk melepaskan tembakan kalau diperlukan. Berita bahasa Inggeris boleh dibaca disini dan beliau merupakan ahli kepada 'Geng Usop' yang dikepalai oleh Malik Gerhana.

4. Kategori keempat agak bermasalah sikit untuk diklasifikasikan. Sebab kitani kurang pasti apa tujuan diorang merompak selain dari mencuri (atau 'just for the hell of it' or 'I do it because I want to and I like it'). Mengejutkan sekali, ada sebahagian dari pencuri - pencuri ani terdiri dari pemegang ijazah dan sijil pelajaran tinggi. Ani susah ku kan berpanjang lebar tapi inda mustahil yang diorang ani mencuri kerana susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ya. Pengangguran makin tinggi di Brunei. Anak muda dikata memilih kerja. Ya, memang ada dan banyak yang memilih kerja. Tapi rakan - rakan seperjuangan inda semua yang bekerja (maksudku yang sama - sama menamatkan pengajian dari UBD) dan ada yang terpaksa bekerja dengan gaji yang inda patut - patut, macam aku sendiri. Kan kerja sama kerajaan? Pigi la lu!! Keluar Imam Mahdi baru tah dapat kali, atu pun kalau masih hidup lagi kitani semua hahaha.

Selain dari geng perompak luar negara yang memang berniat untuk menjahanamkan negara, yang patut kitani fahami adalah para pencuri dan perompak yang terdiri dari rakyat jati Brunei sendiri. Apa yang mendorong diorang untuk mencuri dan merompak? Kalau kitani ketepikan buat sementara yang diorang ani 'jahat', 'inda berpelajaran' (sangat dipersoalkan, kerana wujudnya golongan dalam kategori 4), dan pelbagai macam lagi tohmahan dan label yang dilontarkan oleh orang kitani arah diorang ani, semua ani disyaki dan juga terbukti berpunca dari masalah ekonomi. Susah mencari pekerjaan atau pengangguran seringkali menyebabkan seseorang untuk bertindak diluar batasan. Tambah lagi masa ani, semua harga barang naik tapi gaji inda pernah naik. Atu bagi yang bekerja, apa cerita dengan yang menganggur? Yang langsung nada punca pendapatan tetap. Adalah inda adil kalau kitani terus menerus mengecam diorang ani, menyalahkan diorang kerana inda bekerja (ada pernah ku dengar orang bercakap "iatah tu luan buduh, kaja pun inda mau".. bagi ku orang yang cakap macam atu lebih teruk dari pencuri dan langsung nada berhati perut). Seperti halnya dengan insiden pecah masuk dan curi di masjid - masjid di negara kitani, orang ramai lebih tangkas untuk membidas tindakan diorang. Ya, aku pun terkejut dan kecewa bila dapat tahu bahawa orang - orang kitani sendiri yang menjadi dalangnya. Cuma nada yang cuba untuk mengetahui latar belakang diorang ani. Kadangkala, orang sudah banyak memohon bantuan kesana kemari, tapi kalau hampir setiap kali jua dihiraukan dan inda diendahkan, maka orang pun akan rasa marah dan kecewa. Pun macam atu, kitani inda tahu cerita sebenarnya kenapa diorang melakukan jenayah tersebut. Tapi apa yang pasti, segalanya berpunca dari kemelesetan ekonomi bukan sahaja ditahap individu lagi, tapi ditahap negara sudah. Ani yang orang selalu tersilap pasal Brunei walau warganegaranya sendiri. Hanya kerana kitani bekerja dengan kerajaan dan makan gaji tiap bulan, buat kerja pun acuh inda acuh, masuk office lambat, keluar office awal, kerja pun orang buatkan, main separuh - separuh siap, inda bermakna kitani selamat dari keruntuhan ekonomi yang bakal membanjiri negara Brunei. Baca saja artikel ani. Tapi, orang Brunei masih optimistik; kalau kamu berjalan dikedai - kedai kah mana, cuba kamu perhatikan muka diorang, macam nada ingau ah. Diorang fikir yang diorang sudah selamat dari segala macam kemerosotan. Mungkin jua.. hahaha.. rilek saja bui. Apa - apa ani bawa rilek, minum kopi haha.

[BERSAMBUNG.... macam sinetron la jua haha]