Mungkin dari sehari kesiumanan ku makin berkurangan. Keadaan ekonomi negara yang entah mana kah hala tujunya, ditambah lagi situasi dunia yang menghampiri penghujungnya, barangkali apa yang kitani usahakan (or inda pernah berusaha lagi diusahakan) cuma menuju ke satu destinasi yang inda pasti. Macam anilah dari hari ke sehari. Membosankan saja.
Nada apa yang siuk dalam berita hari ani. Tapi nampaknya agensi agensi berkenaan sudah mulai bingkas dalam usaha mengungkayahkan persekitaran pro-keusahawanan disini. Pun macam atu, perkara ani sepatutnya telah pun difikirkan segoreng gorengnya (as opposed to 'semasak masaknya') sedari mula. Dan lagi ramai yang mengatakan ianya masih belum terlambat untuk membuat perubahan. Ia kah?
Kalau post ku sebelum ani dicemari dengan cercaan dan nista tak berperikemanusiaan, kali ani aku kan bercakap sedikitlah mengenai reality negara kitani. Sekarang ani, semua orang boleh buka bisnes dalam tempoh 24 jam. Memang jika difikirkan ia andang satu langkah yang cukup bagus. Dengan peniadaan lesen perniagaan rampaian ani, akan mudahlah bagi orang ramai yang berniat kan memulakan perniagaan untuk menjalankan keusahawanan bisdurang. Cuma, adakah kitani memikirkan sejauh mungkin kesan peniadaan lesen rampaian ani? Salah satu keingauan sebilangan orang kitani ialah takut inda terkawal nanti bila semua tia jua kan jadi businessman. Inda salah. Iatah tu masalahnya, negeri kitani damit. Penduduk pun inda sampai setengah juta (300,000+ rakyat Melayu jati Brunei, selebihnya hidupan liar dari pelbagai negara). Customer base pun damit. Ni baru jua kawan bercerita, sebelum ani ia jual burger sama nasi katok somewhere di KB. Tapi dalam bulan ani ia inda lagi berniaga, pasal satunya, contract kerjanya kan kena tamatkan May ani. Kedua, oleh sebab inda lagi lama ia kan kena tamatkan perkhidmatan (gaji dibawah $500!!), jadi nada duit untuk buat modal pakai beli barang untuk berjual. Ia bujang masih. Cuba bayangkan kalau ia sudah ada anak bini. Macam mana?
Benar nya orang, mun kan inda mau susah, berusaha bah. Mun ganya bercakap, duduk diam diam, siapa saja pun pandai tu. Cuma yang orang inda terfikirkan kadang kadang adalah keadaan seorang inda sama dengan yang lain. Kalau lahir dalam keluarga anu andang andang kaya, inda ingaulah. Buduh pun boleh jadi pandai tu pasal ada biasiswa bertaja yang ku namakan 'fathership / mothership'. Jadi, siapa yang berduit boleh ada kemudahan untuk mendapatkan peluang pendidikan terbaik diluar Brunei. Mun kan belajar disini sampai UBD, adui ma... inda kena pandang tu degree atau master ah. Aku tah madahkan; inda berguna sama sekali. Ani pun baru ku tau, ada seorang bekas graduan UBD, ia ada degree sama master, tapi kerja memotong ayam disalah sebuah gedung perniagaan terkenal disini. Macam biasa, gedung perniagaan atu bukan Melayu punya, Cina lah. Graduan yang bersijil master, jadi tukan potong daging? Wow... iatah hal macam ani tah yang memudahkan jelama jelama buduh mengambil kesempatan untuk menguatkan lagi hujah (atau hujan air liur) bisdia, yang mengatakan 'inda pedah jua kamu bedegree bemaster, spiking (speaking) lacis lacis, ia jua inda kemana kamu atu'. Sekarang aku mau tanya kamu semua wahai pembaca budiman. Kalau kamu orang Brunei lah ah, apa yang kamu kaitkan dan maksudkan dengan berjaya dalam hidup? Pilih diantara jawapan jawapan yang kamu rasa ngam dengan pendapat kamu (boleh pilih lebih dari satu):
a) inda payah belajar tinggi, habis sekolah inda peduli singan mana, masuk askar pasal dapat naik pangkat
b) belajar sesingan singannya, lepas atu mohon kerja arah kerajaan, sama jua dapat naik pangkat
c) belajar tinggi sampai ada degree / master, lepas tu masuk askar / polis atau pun mana mana pasukan beruniform, kalau askar, jadi pegawai, tunggu pencen kalau nasib belurih
d) belajar sesingan singannya, lepas atu mohon kerja arah kerajaan, tapi bonus disini, minta tolong arah peradian
e) belajar jua sampai ke university mana saja, mengikut minat, lepas tu belajar untuk berniaga sendiri, sama sama membangunkan bangsa Melayu Brunei dalam segenap bidang
f) inda payah sekolah, ikut kawan saja main forex sambil beramal ibadah, duduk saja dirumah
Senang kan? Apa jua payahnya memilih a) atau b) kah. Sebenarnya, inda kira mana satu jawapan yang biskita pilih, kalau mindset inda pandai berubah, jangan harap tah kan berjaya. Sengal ku kadangnya melayan saudara saudara anu yang macam inda pandai faham bahasa ani, memajal suruh diri masuk askar. Bagi bisdurang, mun masuk askar ni, kira berjaya tah sudah tu dalam hidup. Macam... entah ah. Benar eh, gaji besar apa, ada elaun, tambang.. tapi iatah tu bah, dari segi apa jadi macam diorang ani dikategorikan sebagai berjaya? Atu, aku tinggalkan disini untuk kamu memikirkan, atu pun kalau kamu mau memikirkan jua. Tapi jelas nyata memang 'malas ku ingau' la kitani ani, kebanyakannya. Cuba kamu liat, walau pun Pehin Goh saja seorang yang jadi ahli Majlis Mesyuarat, tapi bisnes besar di Brunei ani siapa yang pegang? Orang Melayu kah? Business Cina macam kedai kedai apa itu ini, baru boleh dikatakan berjaya. Kenapa? Pasal kitani, rakyat peribumi, yang Melayu jati ni, bergantung arah diorang untuk makan. Walau pun kamu berabis kan menafikan, inda jua dapat. Tu Sabli's ah, kenapa inda maju? Kenapa Melayu bila buat bisnes payah kan berjaya? Salah satu sebab yang pernah Dr. Mahathir cakap dulu ialah Melayu dan duit inda dapat bersama dalam satu ayat. Cuba tia tanya, banyak bisnes Melayu Brunei yang lingkup atu, apa punca lingkup? Dibawah aku sertakan beberapa sebab kenapa bisnes Melayu Brunei selalu gulung tikar:
a) pantang liat duit banyak. Hasil niagaan dimakan selarahnya. Dipakai untuk beli kereta, buat rumah, belayar, beli benda mahal mahal untuk ditayangkan arah orang, 'nah, aku berjaya sudah, kau apa ada?' Lepas tu berbini di Philippine, di Indonesia, di Thailand etc
b) seringkali terjadinya perebutan harta dikalangan ahli keluarga yang mewarisi perniagaan. Berkelaie sampai bisnes terbengkalai macam atu saja
c) pemalas. Mau jadi boss saja. Mau dapat untung saja setiap bulan. Tapi inda active turun padang untuk memikirkan strategy keusahawanan, mengemaskini kaedah perniagaan mengikut arus terkini. Memajal orang suruh bekerja untuk ia walhal ia sendiri pun inda pernah ambil tau kebajikan pekerja
d) hasad dengki. Ah yang satu ani teruk jua, macam Basyar Al-Assad. Tapi kalau Assad pakai bomb, pendengki pakai bomoh. Mula mula berjaya bisness, alhamdulillah. Dua tiga bulan lepas atu meninggal tia, muntah darah. Melayu tu bui..
e) kan berjaya sudah dalam perniagaan, sekali ada tia yang memayah mayahkan atu. Faham faham tah tu ah. Kalau keuntungan atu limpas sesetengah paras, kena persoalkan tia, kena audit. Inda boleh kayalah yang pentingnya kalau kan berniaga di Brunei ani, melainkan kalau tergolong dalam khalayak yang berkedudukan istimewa.
f) inda pandai bisnes. Orang berniaga, ikut tia jua kan berbisnes tapi langsung inda tau menau pasal bisnes. Fikir bisnes ani cuma jual beli saja. Inda meliat kan mengembangkan bisnes diluar sempadan negeri. Tu China ah, satu billion pulang rakyatnya tu, mun kan mau banyak pelanggan, kenapa inda ke sana?
Walaupun kesahihan hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang berbunyi 'Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina' adalah diragui, tapi kitani sebenarnya inda perlu tunggu hadith atau Surah kalau kan berniaga atau buat apa sajalah yang dapat membangun negara. Mesti ada initiative sendiri. Kitani inda dapat selamanya goyang kaki tunggu duit masuk tiap bulan saja. Well, bagi siapa yang dapat macam atu, baguslah. Tapi untuk rakyat macam kitani yang nada terdapat apa apa ani, mari tah kitani sama sama memakmurkan Brunei dengan merampas semula sektor perniagaan dan ekonomi dari makhluk makhluk asing yang bukan Islam. Kenapa kamu fikir Yahudi, sungguh pun ia banyak puak, macam Qaynuqa, Mizrahi, Askhenazi, Sephardim, Haredim, Khazar, Khasidic tapi bila menghadapi musuh, diorang bersatu. Kitani Melayu, semua kan pentingkan diri sendiri walaupun kitani satu rumpun. Iatah sebabnya bangsa lain mengambil kesempatan arah kitani. Ditambah lagi dengan perangai sebilang orang Melayu Brunei yang rata rata anti pendidikan dan pro gaji bulan (mun faham bisai!!), makin senanglah kitani kena ulah ulahi. Ey malu la, kitani dinegeri sendiri tapi kena pijak pijak oleh bangsat, eh salah, bangsa asing. Pendidikan atu penting. Dan masuk askar atu kerja sama kerajaan atu inda semestinya penting untuk menjamin kejayaan hidup. Banyak lagi jalan lain yang boleh diterokai. Kitani cuma perlu berani. Jangan la jadi drug lord, atu gila tia jua tu.
Sekian sajalah kurapak ku buat kali ani. Harap harap kalian semua dapat memikirkan apa yang ku cakapkan disini. Dan yang lebih penting lagi, bertindaklah sekarang sebelum terlambat. Kiamat inda lagi lama ni.
No comments:
Post a Comment