Sunday, February 23, 2014

A Nation Deleted Part 6

Apa yang kita ketahui dengan maksud perkataan 'indoctrination'? Jika anda semua rajin dan curiga serta dahagakan ilmu, sila semak erti perkataan itu tadi didalam kamus.

Kini kita telah dipaksa untuk mentaati segala perkataan dan perintah, walau bagaimana bercanggah sekalipun ia dengan kehendak kita. Dan paling menyedihkan, negara yang telah sekian lama terkenal dengan taat membabi buta, kini ditokok tambah pula dengan paksaan untuk tidak membuka mulut dan bersuara. Ya. Kita tidak akan dapat berkata apa  - apa, samada memberi teguran, mempersoalkan kewajaran tindakan - tindakan mereka, mencurigai motif dan agenda sebenar dibalik undang - undang serta dasar yang mereka kuatkuasakan, dan bermacam - macam lagi persoalan yang boleh dianggap membahayakan rejim pemerintah. Tapi perlu diingat bahawa kebanyakan orang telah sedar dan membuka mata sedang yang lain masih lena diulit intan. Bagi mereka yang telah sedar, mereka tahu bahawa Islam apabila dikaitkan dengan rejim dan pemerintah serta undang - undang, akan dengan sendirinya bermaksud "tutup mulut, jangan banyak soal kerana ini datang dari Allah". Kita akan dikenakan denda ribuan ringgit, dan kita akan dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar perintah... rejim, bukan Allah.

Sekarang, apakah masa depan bagi negara tercinta ini? Kita sudah sedia maklum bahawa Brunei ini tidak mempunyai apa - apa daya tarikan bukan sahaja bagi pelancong, bahkan untuk penduduk tempatan juga. Dengan sifat dan perangai majoriti orang - orang Melayu Brunei yang tidak suka ditegur dan dinasihati untuk bekerjasama memajukan negara, kemanakah hala tuju Brunei ini suatu masa nanti? Kedegilan untuk tidak menerima pandangan serta pendapat yang baru dari orang - orang muda serta yang tua sekalipun akan menyebabkan negara ini tersungkur dilututnya sendiri suatu ketika nanti. Tidakkah kita sebagai rakyat Brunei, berbangsa Melayu dan beragama Islam ini merasa malu dengan jiran - jiran kita yang telah membangun? Seperti kata pepatah, "orang lain sudah naik ke bulan, kita belum lagi habis mengira bintang". Kecenderungan rejim pemerintah masa ini apabila digabungkan dengan perangai orang - orang Melayu Brunei yang rata - ratanya cuma jadi pak turut saja, adalah satu resepi paling hebat untuk kehancuran saksama. Cuba perhatikan sajalah gambar dibawah ini, dan fahamkan. If you are not a native Melayu speaker, the image simply shows the difference between sheep and people; one person calmly tries to question the rationality of this whole charade, while the other berates the first commenter, branding those who dare to question the implementation of Syariah law as traitors.

Truth hurts, and everyone is butthurt
Ketahuilah perbezaan antara kambing yang mengembek, dan serigala yang akan memakan kambing - kambing yang bertebaran dimerata tempat tanpa gembalanya.

No comments:

Post a Comment